Perniagaan membuat dan membekal biskut tat nenas yang telah bertapak dengan sendirinya sejak lebih daripada 35 tahun. Produk asli yang menggunakan resipi tradisi air tangan sendiri dan masih kekal hingga ke legasi hari ini.
**Sila klik pada link di atas untuk tunjuk arah ke premis kami**
SILA BACA DAN FAHAMI SEBELUM MEMBUAT PESANAN/ORDER
1) Pesanan atas talian (online order) ini adalah untuk pesanan bagi tempoh waktu tertentu yang telah ditetapkan.
2) Maksimum 5 bekas sahaja dihadkan untuk setiap transaksi. Tiada had transaksi untuk setiap pelanggan. Setiap transaksi akan dicaj RM1 untuk caj pemprosesan. Transaksi pembayaran adalah menerusi online banking sahaja.
3) Hanya pesanan atas talian ini berserta dengan bayaran penuh sahaja akan diproses. Pesanan tanpa sebarang pembayaran tidak akan diproses. Selain daripada itu, kami tidak akan menerima sebarang tempahan/pesanan melalui WhatsApp, Facebook, Instagram atau panggilan telefon. Sebarang permintaan tidak akan dilayan.
4) Kami tidak menerima sebarang pembelian secara walk-in di premis. Tiada sebarang transaksi tunai di premis kami.
5) Tiada sebarang penambahan pesanan/order di premis kami selepas membuat pesanan atas talian. Pembelian yang dibuat di atas talian adalah muktamad.
6) Buat sementara waktu, hanya self-pickup sahaja. Tiada servis penghantaran buat masa ini kerana rakan servis penghantaran sekarang ini mengalami kekurangan rider/driver.
7) Slot tarikh & masa adalah muktamad dan tidak boleh diubah. Sebarang permintaan untuk mengubah slot tarikh & masa tidak akan dilayan sama sekali.
8) Pihak NR TART tidak akan bertanggungjawab terhadap pesanan yang tidak diambil pada slot tarikh & masa yang telah dipilih oleh pelanggan sendiri. Sistem akan membatalkan pesanan yang tidak diambil pada tarikh yang telah dipilih.
9) Untuk pelanggan yang mempunyai pesanan lebih daripada satu tarikh pickup, pelanggan boleh datang ambil kesemua pesanan tersebut pada tarikh pickup yang terakhir. (Tidak dibenarkan datang ambil kesemua pada tarikh lebih awal)
10) Pihak NR Tart sendiri berhak untuk mengubah sebarang polisi yang telah ditetapkan bergantung kepada kesesuaian masa dan keadaan.